Sabtu, 5 November 2011



Kami
menjual
duit lama seperti syiling lama, wang kertas lama, barangan antik, pinggan lama, teropong lama, kompas serta barangan lain yang berunsurkan sejarah dan mengamit nostalgia kepada pencinta dan pengumpul barangan antik. Mari bersama kami menyelusuri warisan dan khazanah lama.........








Hubungi saya
Encik Norlizam : 0178871487









KOTA A FAMOSA


Kami Sedia Membantu Mencari Koleksi Antik yang Anda Inginkan



P/S : HARGA YANG DITAWARKAN TELAH DIKIRA DENGAN BELANJA
POS




ANTIQUE MATERIALISM






Kompas tentera laut British tahun 1941. MADE FOR ROYAL NAVY 1941

RM 480.00
( Untuk dijual kepada yang berminat )





Teropong penjajah British zaman Victorian tahun 1915.


RM 1200.00
( Untuk dijual kepada yang berminat )










Antara lain teropong British zaman Victorian 1915. Jenis empat segi .

RM 480.00

( Untuk dijual kepada yang berminat )










Teropong berkaki tiga boleh laras. Buatan British tahun 1941

RM 2000.00


( Untuk dijual kepada yang berminat )





Telefon antik dinding ini masih didalam keadaanyang baik dan boleh berfungsi seperti biasa. Telah disediakan dengan talian telefon yang hanya perlu di masukkan ke junction box telefon. Dail dan hubungi rakan dan taulan dengan gaya antik anda...............


Telefon dinding antik


RM 850.00


( Untuk dijual kepada yang berminat )









Ini pun antik juga. Telefon tangan mudah alih. Telah disediakan dengan talian telefon hanya perlu dicucuk pada junction box sahaja. Selepas itu dail lah siapa sahaja. Perghhhhh mengancam

( Untuk dijual kepada yang berminat )



RM 550.00












Beg kotak tembaga buatan England. Mempunyai 3 selak kunci yang unik dan cara penguncian yang unik. Beg kotak tembaga ini digunakan oleh datuk dan nenek kita semasa mengerjakan haji menaiki kapal laut ke Mekah. Buatan beg ini adalah amat kemas dilengkapi dengan bonjol diatasnya untuk mengelakkan geseran dengan beg tembaga yang lain semasa bertindihan. Keadaan beg didalam keadaan baik. Boleh pakai bawa balik kampung. Itu pun kalau sanggup le........ Beg yang mengamit Nostalgia ini akan dijual kepada yang berminat.

RM 500.00





Set teko bunga cina yang menarik beserta dengan set cawan. Dijual kepada peminat dengan harga

RM 160.00


Set teko bunga kangkung. Teko didalam keadaan yang baik dan cantik. Dijual dengan harga

RM 90.00 setiap satu













































MATAWANG PERAK SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG  ( JOHOR )



Nama asalnya ialah Raja Mahmud dan bergelar Sultan Mahmud Shah II, Sultan Johor ke-10 (tahun pemerintahan dari 1685 - Ogos 1699). Baginda ditabalkan ketika berumur 10 tahun. Baginda Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675. Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.
Ketika hayat baginda Sultan Mahmud, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.
Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".
Pada hari Jumaat, Ogos 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Megat Seri Rama. Akhirnya baginda lebih dikenali sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi". Baginda dimakamkan di Kota Tinggi
Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati.

 Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.
Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari takhta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.
Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai Muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan yang dianggap gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu.
Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud dimakamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan dinasti Raja Melaka. 

BENTUK MATAWANG PERAK SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG












Duit penjuru perak Sultan Mahmud mangkat dijulang






                                                                             


          Bahagian hadapan tertulis dengan tulisan jawi Sultan  mahmud


   










     Bahagian belakang dengan tulisan jawi  dengan tulisan 
     Khalifatul Mukminin      






Duit syiling perak ini tidak dijual. Duit ini menjadi koleksi peribadi
                                                                                 








Isnin, 31 Oktober 2011

MATAWANG ZAMAN KESULTANAN MELAYU



SEJARAH DAN PENILAIAN MATAWANG ZAMAN KESULTANAN MELAYU


Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya M
elaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera
baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.


KEJAYAAN MELAKA




Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang
lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat M
elaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman da
hulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdaga
ngan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasaiKelantan, menjelang k
urun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport
baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


Matawang syiling Zaman Kesultanan Melayu Melaka.




SULTAN MUZAFFAR SYAH -1446 -1456

Melaka: PITIS

BAHAGIAN HADAPAN: Muzaffar Al Sultan - didalam bahasa Arab

BAHAGIAN BELAKANG : Nasir al Dunia Wal Din

STANDARD MATAWANG : Very Fine

UMUR: SYILING BERUMUR DIBAWAH 600 TAHUN

keterangan: Dijual kepada yang berminat ( Hubungi saya ) - 0178871487


Matawang zaman Penjajahan Portugis



Deinhero - Digunakan di Melaka dibawah Pemerintahan King Dom Joao III 1521 -1557

Bahagian hadapan: Tertera ISMA bermaksud: I untuk Ionnes, S untuk Senhor dan MA untuk Melaka

Jika ditafsirkan ianya bermaksud ( Ioannes dihantar untuk Melaka )

Umur: 500 tahun

Sumber rujukan : Wikipedia

Berminat sila hubungi saya: 0178871487